Home » » Amalan Memanggil Rezeki Dengan Pantas

Amalan Memanggil Rezeki Dengan Pantas

Written By amirulyaacob on Thursday, September 6, 2018 | 7:30 PM



Rezeki duit, rezeki tiada hutang, rezeki ada pekerjaan, rezeki ada rumah, rezeki Iman, rezeki Islam, rezeki ibadah, rezeki ikhlas, istiqomah dan apa sahaja rezeki yang kita terima atau mahukan datangnya daripada Allah SWT.

Ini satu kenyataan yang wajib diyakini dan diimani. Maka itu, tidak ada cara lain untuk kita mendapatkan rezeki melainkan memohon kepada Allah SWT.

Namun bagaimana cara untuk bermohon rezeki kepada Allah SWT?

Adakah sekadar menadah tangan dan meminta rezeki kepada Allah SWT?

Jawapannya ada pada Rasulullah SAW yang sentiasa membimbing umatnya ke jalan kebenaran. Walaupun Rasulullah SAW sudah lama meninggalkan alam dunia namun baginda telah meninggalkan pewarisnya. Jadi, kita rujuklah kepada pewarisnya iaitu ulamak.

Tugas kita pula adalah belajar ilmu dan amalkan apa yang disampaikan oleh ulamak melalui guru-guru kita yang benar.

Amalan ini saya petik daripada perkongsian Ustaz Yusuf Mansor yang banyak berbicara tentang rezeki.

Antara amalan memanggil rezeki dengan pantas adalah:


  • Amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap hari selepas subuh dan asar.

  • Amalkan setiap kali Ya Fattah Ya Razzak 3X  sekurang-kurangnya atau sebanyak-banyak yang boleh selepas solat atau bila-bila masa yang terluang.

  • Baca Al-Quran mengundang rezeki (Surah Ar Rahman , Yassin)

  • Selawat sekurang-kurangnnya 100X sehari. Lagi banyak lagi bagus.

  • Bersedekah


Rezeki adalah Allah SWT yang punya. Jalan untuk mendapatkan rezeki juga milik Allah SWT.

Kalau Allah SWT sudah mudahkan jalan untuk kita dapat rezeki, tiada apa yang boleh menghalangnya. 

Sekali lagi saya ingin ingatkan diri saya dan anda semua. Rezeki bukan sekadar duit. Ia boleh datang dalam berjuta-juta cara.

Umpamanya, rezeki solat berjemaah, boleh solat tahajud, dapat keluarga yang baik, dapat anak yang baik, boleh istiqomah, jiwa tenang, boleh pergi umrah, boleh bersedekah dan banyak lagi.

Saya doakan kita semua diberi rezeki yang murah. Rezeki yang terutama yang wajib kita mohon setiap hari adalah rezeki Islam ,Iman dan Ihsan yang kekal sampai akhir hayat.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FINGO COMMUNITY - SOCIAL E-COMMERCE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger