SIAPAKAH ORANG BISNES ?
Written By amirulyaacob on Sunday, September 2, 2018 | 7:00 PM
✔ Tony Fernandez.
Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tahu syarikat dia mahu beli KLIA 2.
✔ Mark Zuckerberg?
Sampai sekarang dengan baju t-shirt kelabu bodoh dan tak pernah tunjukpun kereta apa yang dia naik. Malah orang yang bagi tahu nilai saham facebook 1% bersamaan dengan 500juta usd. Kalau 99% berapa harga saham dia ?
✔ Tan Sri Syed Mokhtar
Sampai sekarang tak pernah jemput media datang rumah tunjuk lampu tunjuk kereta. Yang kita tahu hanya naik kereta proton sahaja. Tak pernah tunjuk ada rolls-royce pun. Tapi kita tahu banyak syarikat-syarikat koprat di malaysia milik dia.
✔ Steve Jobs
Daripada mula keluarkan APPLE, sampai mati pakai baju biru dan seluar jeans biru. Tak pernah cerita pasal rumah duit yang dia ada. Yang penting orang tahu syarikat apple yang dia bina sudah membawa bilion dollar dengan jual IPhone dan produk lain.
✔ Kita orang muda ?
Baru buat bisnes 2 atau 3 tahun sudah mahu tunjuk kereta mewah dan duit berkepok. Itulah beza kita yang mengaku orang bisnes dengan betul-betul orang bisnes yang kita kenal. "MEREKA NAMPAK MACAM MISKIN, NAMUN SYARIKAT MEREKA KAYA-RAYA" kita nampak macam kaya. Namun syarikat baru ada Enterprise. Itu lah beza kita dan dia.
Nota: nasihat untuk diri sendiri Sampai
Labels:
Motivasi


Post a Comment